Saturday, July 16, 2011

Post 75:Sistem Kita

Salam..

Aku terfikir perkara ini semasa tengok cerita hindustan tadi akibat kebosanan yang melampau..tajuk aku tak ingat,tapi aku suka benda yang dibawa ..

Bila ada kes atau sesuatu berlaku,kebiasaanya kita akan membuat laporan polis untuk dijalankan siasatan..Kalau nak masuk mahkamah,perkara itu harus difailkan terlebih dahulu , dan banyak lagi perkara yang harus diikut sebelum kes kita dibicarakan..

Masuk mahkamah,kes akan dibicarakan dan bukti - bukti akan dibentangkan kepada hakim,Kadang-kadang kes akan ditangguhkan atas sebab-sebab yang tertentu..tangguh - dan terus ditangguh ...kes yang mudah boleh menjadi kes bertahun-tahun.

Ini hakikat sebenar sistem kita ..ini tidak termasuk kebarangkalian untuk setiap pihak yang terlibat untuk menerima rasuah dan sebagainya..Dan untuk membuat semua perkara diatas,duit amat diperlukan ..kalau tak ada duit,memang tak boleh buat apa-apa.

(aku bukan dalam jurusan undang-undang,tapi ini adalah untuk renungan)http://www.emocutez.com

No comments:

Post a Comment