Sunday, May 15, 2011

Post 62:Cerita di Pulau Pangkor

9 May 2011

Dari Kemaman,pergi Sekolah Al-Amin Bangi.Mengharapkan dapat jumpa Iyadh.Dibawak pergi main futsal(sangat tak pandai main bola),Kemudian ke Masjid Hasanah,Bangi.Pergi makan kat kedai tak tau nama,Masa tengah makan,ada pak cik datang dengan tiba-tiba,bagi duit,Semua orang bagaikan tak percaya yang pak cik tu bagi duit tiba-tiba walhal tak kenal dan tak tahu tentang pak cik,tapi yang penting,tak payah keluar duit.Dengar talk sampai pukul 12.Masa talk,pusing belakang nampak Iyadh.Sembang2 dengan Iyadh,pergi sekolah balik kemudian tidur

10 May 2011

Dari Bangi ke Lumut.Sampai Lumut lewat,pak cik bas keluar Ipoh.Sampai Lumut dalam waktu asar.Lepas habis je solat,terus naik feri yangs sama aku naik sewaktu staf sarjan.Dari jeti ke tempat penginapan,Naik RollerCoaster(sebab jalan dia bukit je).Kebetulan lagi sekali,pernah lalu kawasan situ sewaktu sraf sarjan jugak.Salin baju,terus ke pantai untuk berkayak....pada awalnya sahaja.Sebabkan ombak kuat,tukar aktiviti,ada penerangan tentang kawasan dekat situ.

Masa atas bot,sempat bincang pasal aktiviti lain sebab rasa bosan yang teramat dan berjaya dapat naik Banana Boat dengan percuma(tak best sangat)

Malam ni kira best jugak.Sebab makan free dan makanan sangat banyak,tak terhabis makan,memang berbaloi bayar 200 untuk makan serta penginapan.Bilik ada 2 katil,satu queen,satu single.Satu bilik duduk 4 orang,satu lagi 7 orang.

12 May 2011

Bangun pagi,sarapan makan nasi goreng yang sangat pedas.Habis je sarapan,terus jungle trekking(trek sejam,sangat tak puas)habis trek dalam masa kurang daripada sejam..Berhenti di kawasan kolam air terjun,Ada sesi penerangan.Balik dari jungle trekking,terus main banana boat.Habis main,bersiap untuk balik


Konklusi:Sangat berbaloi dengan bayaran RM200,sebenarnya banyak lagi aktiviti,tapi banyak keadaan tidak mengizinkan .

No comments:

Post a Comment