Thursday, August 5, 2010

Cita-Cita dan Kerjaya

Masa berlalu meninggalkan kita di belakang tanpa memerhatikan kita.
Masa berlalu dengan pantas sehinggakan kita tidak merasai kehilangannya
Masa meninggalkan kita dengan memberi kita penuh seribu satu pengajaran.

Masa berlalu dengan pantas sehinggakan aku tidak sedar bahawa aku kini akan memasuki alam IPT.Disaat ini aku bermonolog.Apakah cita-cita aku dahulu kala?.Aku masih ingat,aku akan menjawab 'Aku ingin menjadi seorang saintis' .Tapi jika sekarang,aku akan menjawab'Aku redha dengan takdir Ilahi,biarlah dia yang menentukannya.Mengapa aku berkata sedemikian ?

Disaat daku mengenang kembali cita-cita,aku sedar,perkara itu telah berlalu.Dengan apa yang aku ada,jauh sekali aku untuk menjadi seorang saintis seperti yang aku impikan.Aku kini sedar ,cita-cita dan kerjaya adalah dua perkara berbeza.Betapa ramai orang seperti ku,mereka tidak mencapai cita-cita mereka,tapi mereka berjaya.Isyaallah,aku juga akan berjaya

(monolog dalam malam semalam,macam tak percaya aku sanggup tulis)

No comments:

Post a Comment